SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI ASRAMA SMK TAMAN NUSA DAMAI


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelawat laman sesawang ini.

Ini adalah laman web rasmi bagi Asrama SMK Taman Nusa Damai.
 
Semoga ianya menjadi sesuatu yang bermanfaat disamping menjadi tali penyambung ikatan ukhwah sesama anggota Asrama SMK Taman Nusa Damai.
Ketibaan tahun 2013 diharapkan menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan Asrama SMK Taman Nusa Damai untuk mencapai target asrama terbilang peringkat kebangsaan.

Usaha yang bersepadu daripada pihak pentadbir yang terdiri daripada En Supiandi Bin Yusof, Pn Warda Binti Ismail, Puan Ain Binti Izahar, Tuan Hj Yusof Bin Ahmad dengan sokongan daripada pihak ibubapa, guru-guru dan PPD Pasir Gudang diharap akan menyumbang secara langsung mahupun tidak ke arah mencapai usaha tersebut. 


Pada tahun 2013, Unit Asrama SMK Taman Nusa Damai akan menjalankan beberapa program ke arah mencapai status antara sebuah Asrama Terbilang di Malaysia, diantaranya ialah:


KEBITARAAN:

BOLA BALING

AKADEMIK:

MENINGKATKAN PERATUS PELAJAR SPM DAN PMR 2013

SAHSIAH:

PROGRAM AL-HAFIZ MUDA
SIFAR SALAH LAKU

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk merealisasikan harapan untuk menjadikan Asrama SMK Taman Nusa Damai cemerlang, gemilang dan terbilang sebaris dengan asrama-asrama harian lain di negeri Johor dan seantero Malaysia.

MAKLUMAT RINGKAS ASRAMA:

Asrama SMK Taman Nusa Damai dilengkapi dengan 18 dorm(9 dorm lelaki dan 9 dorm perempuan yang boleh menampung 216 orang pelajar), surau, bilik gosok, bilik sakit, koperasi, bilik belajar, dewan makan yang selesa, bersih dan mempunyai panorama yang menarik untuk didiami oleh penghuninya.

Semoga Asrama SMK Taman Nusa Damai terus sukses dan menempa nama di mana-mana pertandingan yang disertai, InsyaAllah.

Anda boleh menyumbang idea bernas, maklumat, informasi dengan menghantarnya ke: asramastand@gmail.com


Sekian, terima kasih.


Daripada: Unit Asrama, SMK Taman Nusa Damai